Wednesday, April 27, 2011
Doa ketika hujan
Doa ketika hujan:Allahumma Soyyiban Nafi'aa. Kat sini hujan..:) Doa ketika hujan turun adalah antara doa yg tidak ditolak. Ok, jom baca doa:"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiunn fil ardhi wa la fis sama'i wa huwas sami'ul 'aliim"Dgn nama Allah yg x menyebabkan mudharat dgn (kebesaran) namaNya dgn daripada sesuatu rg berada di atas muka bumi dan di langit, dan Dialah ygMaha Mendengar dan Maha Mengetahui.:)
Tuesday, April 19, 2011
SATU HARI DI KUALA TERENGGANU
Alhamdulillah kami selamat sampai ke KL pada pukul 3 pagi tadi... walaupun satu hari di Kuala Terengganu kita orang tak lepas kan peluang cari makanan (kuih muih dll) kegemaran kami....janji sempat je...
Ini pulut panggang Kak Dah Ladang.... ni kejap je ni.. tak sempat tengah hari dah licin.. aku dengan citer Pulut Panggang Kak Dah memang terkenal kat KT...
Ini lak jalan jalan di Pasar Payang... Coz perjalanan hanya 1 hari je.. kita orang tak sempat nak gi cuci mata kat kain sutera... janji sempat tengok2 kuih muih je....
Ini menu makan tengah hari ... Restoran Binjai... alkisahnye kita org tak berapa gemar sangat masakan kat sini walaupun masakannye memang menarik, tetapi telah dirokomenkan oleh my mak cik try la masuk...
Restoran ni punye style... customer duduk je kat kerusi.. dia org terus hidang kan lauk pauk tanpa di minta... lauk pauk yang di makan sahaja yang di charge.. Telur Penyu.... Sekarang ni aku tak boleh terima telur ni... masa kecik2 dulu aku penah makan... skrg aku nak try tak mau masuk kat tekak ku....huhuhu... tapi seingat aku ianya mmg enak...
Telur Ikan
Daging Bakar,Ikan Merah Masak Lemak,Ayam Kampung Goreng, Sambal dan Budu
Baca doa makan pun sedih ke..... hihihi
Thursday, April 14, 2011
Yezzza...
Yezza.. akhirnye berjaya jugak ku mengedit gambar2 guna "pothoscope" sunggu mudah .... ku telah cuba cam cam .. tapi buat ku pening... akhirnye ku jumpe jugak yang mmg senang dan mudah untuk difahami...
SUNGGUH COMEL DIRI KU DI ZAMAN KANAK KANAK... KIKIHKIH>>>>
Thursday, April 7, 2011
Mufti Perak pertahan keputusan haramkan poco-poco 20 April ini
.Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 6 April — Tan Sri Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini.
Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.
“Saya bersedia (buat penjelasan), kita haramkan tarian poco-poco sebab kita dah siasat... kita dah kaji... kita dah teliti sebab itu kita haramkan kerana ia menyimpang dari ajaran Islam.
“Keputusan ini bukan keputusan main-main, kita tahu dan sedar apa yang kita buat, jika ada sesiapa yang tidak faham saya sedia jelaskan dan bersedia memberikan sebab kenapa ia diharamkan termasuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Harussani yang kemungkinan akan membentangkan keputusan mengharamkan tarian poco-poco pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan 20 April.
Lewat petang semalam The Malaysian Insider melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram.
Justeru Harussani menegaskan, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.
“Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis,” kata beliau.
Harussani berkata, Islam juga telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan golongan kafir walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk.
Dalam kenyataannya, Harussani juga berkata, adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya umat Islam menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan dengan syarat kita memelihara diri dari percampuran yang diharamkan, batasan aurat dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Angkatan Belia Islam Malaysia juga menggesa Harussani agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu.
from: Yahoo News Malaysia....
Admin>..
Kalau di haram pun aku setuju... coz aku tak minat sangat poco poco ni...hehehe... (keras gila badan ku)... lagi pun banyak lagi cara untuk menyihatkan badan... heheh cam panjat bukit ke... ngeh...ngeh....
Layan gambar kita orang poco poco dengan gerak geri yg keras....heheheh

Wednesday, April 6, 2011
Aktiviti Pagi Sabtu ku 02.04.2011
Sebenarnye dah lama kutinggalkan aktiviti ni... sonok juga... panjat bukit.... mula mula pendakian tu suspend jugak.. tetapi tetiba ada 2 ekor anjing (anjing pendaki lain) yang jadi motivasi kita orang.. (bukan pe bebenornye takut di kejar anjing... padahal anjing tu tak kacau kita orang pun hanya peneman tuannye utk mendaki)... last last sampai jugak kat atas bukit ... ada tasek... cantik... nyaman ku rasa... yang paling ku suka akhirnya hari tu dapat jugak ku bakarkan lemak lemakku ini...heheheh.
Posing jap...
Kat atas bukit ada tasek... banyak ikan
Time turun laju je...
Hehehe... jauh agi ke...time ni mmg sukar sikit..
Friday, April 1, 2011
Makan-makan
Hari tersangat free... dan dengan tak sengaja ter On blog ku ini... yg terlalu lama tidak di sentuh dan update (hehe... cam banyak sangat citer kat sini).... nak upload gamba gi makan2 la......
Ni kakak ku punya idea... ajak pi lunch Asam pedas kat setapak... (Dia tahu aku ni mmg hantu asam pedas tu yg dia rekomen ni...)... tapi rasanye bese bese je.. x leh nak sama ngan tempat fav aku...
Yang kuih teow kantonis.. ni pun kat tempat fav aku kat wangsa maju..... satu pinggan ni boleh tiga org makan... aku sorang makan mmg tak kan abiiissss .... banyak gila...
Yg kat bawah ni lak makan kat pagoh... restoren ni masakan dia semuanye dari rempah ratus... nasi goreng ke, me goreng ke sume rasa cam rempah... mmg elok sngt untuk kesihatan... ape ek.. nape restoren tu...
Ni kakak ku punya idea... ajak pi lunch Asam pedas kat setapak... (Dia tahu aku ni mmg hantu asam pedas tu yg dia rekomen ni...)... tapi rasanye bese bese je.. x leh nak sama ngan tempat fav aku...
Yg kat bawah ni lak makan kat pagoh... restoren ni masakan dia semuanye dari rempah ratus... nasi goreng ke, me goreng ke sume rasa cam rempah... mmg elok sngt untuk kesihatan... ape ek.. nape restoren tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)