Tuesday, January 24, 2017

PERCUTIAN SINGKAT KE LOMBOK 2 SEP 2015 - 5 SEP 2015 - PART III

PARIII 
 GILI TRAWANGAN - DAY 2 (3 Sept 2015) -ASTON SUNSET BEACH

Selesai urusan check in hotel, kami decide nak cari kedai makan yang halal.. memang kat sini banyak kedai makan tapi kene pilih pilih jugak sebab ada yang tak halal. Melalui pencarian di google kami buat keputusan makan kat kedai 'Hijau' haha mmg kedai tu berwarna hijau pun.. 

Kat sekitar Aston Sunset Beach ni, memang tak ada kedai makan so memang kena keluar dari situ ler... berbasikal la kami menuju ke Jetty (Kat area situ memang banyak kedai makan dan happening sikit) 

Basikal ni kami dapat free je , pihak hotel yang sediakan.




ni la kedai makan yang nama hijau tu tertlis Greean Cafe

Dengan bersungguh sungguh dan bersusah payah (almaklumla time zaman kanak kanak riang je penah bawak basikal) kami mengayuh basikal... maka akhirnya sampai la jugak kami di kedai hijau ni. Makanan boleh tahan sedap dan harga pun berpatutan. Kiri kanan kedai tu ada banyak lagi kedai makan, tapi kami sarankan tak yah makan disitu kerana ada jual makanan yang tidak halal. malah orang yang kat green cafe tu sendiri ada "remind"  kami (time hari kedua, sbb konon kononya nak makan ala ala omputis sikit)


Ni menu untuk lunch hari tu... 


Bergambar kenangan dengan pelancong dari Malaysia yang duduk semeja dengan kami

Hehe perut dah kenyang... jom kayuh basikal... nak menikmati keindahan di waktu petang di Gili Trawangan


Singgah sebentar di jetty, time sampai tadi tak sempat nak bergamabar



bergambar kenangan di main Jetty GT.. cantikkan #nofilter

Dah habis bergambar di jetty, kami bergerak ke sekitar jetty di GT dan melawat pekan kecil dia oarang sambil melihat harga snorkeling yang ditawarkan (walaupun kami tak merancang pun nak bersnorkeling disebabkam masa tak de , hanya sekadar ingin tahu sahaja... ) tapi apa yang kami dapat agak mahal harganya, berlainan benar dari harga yang kami survey sebelum ni... tapi mukin kene tawar menawar kot, tapi kami malas nak tawar menawar sebab tak nak pun....




so bila berjalan2 bermacam macam warna la kami jumpa been ni... hanya mampu upload dua warna je sbb yg lain ada kebnyakkan back ground sensor :(



di sekitar tempat jualan kedai kedai kecil, ada jual pakaian dan barang barang sourviner..

Note: tapi  harga memang mahal berbanding ditempat lain maybe pulau kot...









Begini la rupanya bila akak berbasikal (time ni waktu petang dah balik dari lunch ).. huhu aksi kak jemah yang dah berbelas tahun tak berbasikal .. haha