Tuesday, October 29, 2013

MELANCONG KE INDIA - NEW DELHI - AGRAR -KASHMIR(SRINAGAR & GULMARGE) PART 3

16HB FEB 2013 : 11.30 PAGI MENUJU KE GULMARGE

Alahai... punyala makan tahun nak update kenangan melancong kat Kashmir ni...banyak sangat gambar cantik cantik rasa cam semuanya nak publish... hihihi....

Alkisahnya selepas dia org bawa kami ronda ronda kat Dal Lake ni (untuk tgk pic dari mula perjalanan kami ke India sila scroll ke bawah bawah bawah ye :)))) tak reti la nak share link kat sini... ni kene belajar jugak ni...almaklum la berblog pun setahu sekali... kalau ada yg boleh ajar tolong ajar ye..sila komen :))


Ok la... tak sabar ni nak share gambar ... lebih kurang dalalm pukul 11.30 pagi dah habis melawat rumah rumah kraft dia orang kami dibawa menuju ke GULMARGE. Oh ya kenderaan yang bawa kami dari Airport Srinagar ke Dal Lake dan ke Bandar Gulmarge agak selesa... tapi Bas yg bawa kami ke puncak Gulmarge tu huhu... sangat klasik.... tak tahu la zaman bila punya bas....


Saje je nak letak gambo tour guide ni mula2.. sbb cam hero hindi pulak lama2 tgk... hero filem hindi zaman dolu dolu....


Tour Guide kita orang  ... bz memanjang....

 Dan bermulalah perjalanan kami menuju ke Gulmarge....di sepanjang perjalanan ada beberapa sekatan oleh askar askar mereka... lagaknya macam mereka sudah kenal dengan driver kita orang atau kenderaan yang membawa pelancong.. dia org hanya tersenyum dan melambaikan tangan... ingt nak snap gak pic dorang tapi taku.. pakai seragam dia orang pun nampak lain... hihi pakaian seragam askar dimusim sejuk ... nampak segak pulak...:)) dah la kebanyakkan nya handsome2 hihi....


Ini lah kenderaan utama kami disini Sri Naga  ..  sebelah tu bas dorang klasik kan

Kami hampir sampai di Gulmarge

Bila sampai disini kami semua menjerit...:)))) driver kami hanya tersenyummm...hahaha orang jakun yg baru nampak snow.... tu sikit je baru.... sepanjang perjalan kelihatan pokok pokok tidak berdaun dan tanah diliputi salji... Subahanallah cantiknya, indahnya ciptaan mu..





Macam tahu tahu lak kami nak bergambar disini (atau dia orang memang tahu kebanyakkan pelancong yg dorang bawak mesti nak bergambar kat sini kot)..driver driver kami memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan memberi kebenaran beberpa minit untuk kami bergambar disini dan kebilik air.....wow! semua sangat teruja nak genggam salji... huhu.....pengalaman yang tak dapat nak di gambarkan.....




Yahuuuu!!!!!!

Wow kelihatan salji memutissss...
Didepan tu adalah Gulmarge.. kami akan keatas sana sebentar lagi

jiji steady je pakcik ni baca paper.... padahal we all huhuhu... sejuk... kat dalam baju dorang ada pemanas. ini adalah pakaian dorang di musim sejuk... kat belakang tu nampak tak rumah rumah










Sampai sampai je kat bandar/pekan Gulmarge Salji turun... haha... kuar je dari kereta dapat lah pengalaman bagaimana rasa salji jatuh ke muka... Alhamdulillah dapat juga merasa... sejuk dan nyaman...

Driver drop kami disini.. untuk ke  puncak gulmarge kami akan naik bas. disini ada disediakan tempat untuk menyewa kelengkapan dimusim salji sepeti kasut yang sesuai digunakan dalam salji dan baju musim sejuk sekiranya ada yang ingin sewa. Atas nasihat driver and tour guide kami , kami dinasihatkan menyewa kasut kerana mengikut mereka kasut kasut yg kami pakai sekarang tidak sesuai kerana salji diatas sana terlalu tebal.... so kami menyewa kasut.. murah murah RM3.00 je (kalau tak silap)

So korang layan la dulu gambar gambar kami di Gulmarge ye.. biar gambar berbicara :) ecehhh.. padahal dah x de idea.. hihi

ini la keadaan didalam Bas kami... seperti mana yang kita tahu kat Kashmir ni 99% adalah muslim.

Rumah yang baru dibina 'Mungkin"










Add caption



Kami dah sampai di Gulmarge naik je atas snow tetiba berhenti.... ini lah ngupa bas yg kami naik.. daif kan... tapi Alhamdulillah sampai juga kami disini


kalau korang perasan tour guide kami jacket putih merah ... asyik bergayut je.. tak pasti pemasalahnya.. huhu


ni la hotel kami.... semuah diliputi salji.....





 menuju ke hotel kami... tengok lah kiri kanan penuh dengan salji menimbun   ... sangat teruja....we all kene naik bilik simpan barang dan pekena nasi dengan kari ayam lagi yummyy....



pepehal snap photo lu... sangat teruja kiri kanan ada salji...


Kamar beradu... 1 bilik 3 orang


Kunci bilil kami


Part 4 akan akan bersambung... apakah aktiviti kami seterusnya selepas makan tengah hari...oppssss jangan lupa .... scroll kat bawah kalau nak tahu apa cerita sblm ni pasal trip ke India.






Saturday, October 19, 2013

WINTER IN BEIJING (28.12.2012 - 03.01.2013) - Family Photo (Last Post)

FAMILY PHOTO @BEIJING 28.12.2013 - 03.01.2013








tammatttt suda..lps ni sambung cerita yg pi kashmir hari tu... lum abis agi...