Friday, October 17, 2014

PENGALAMAN MENUNAIKAN UMRAH

 UMRAH ZIARAH  8HB JAN - 18HB JAN 2014 - PART III

MADINAH - 9HB JAN 2014 (PAGI)

Ziarah Masjid Nabawi
Selesai sarapan pagi, aktiviti kami pada hari ini ziarah Masjid Nabawi.

Selepas diberi taklimat dan penerangan Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah (S.A.W) oleh ustaz, kami terus dibawa oleh para mutawif ke Masjid Nabawai.


Menuju ke Masjid Nabawi dari Hotel Kami

Di perkarangan Masjid Nabawi

Hehe... apa lagi posing sat sebelum mendengar penerangan dari ustaz. ( Yg ujung kanan tu satu satunya mutawif wanita dalam rombongan kami, aka kakak saya, murah rezeki dia dah beberapa kali ditawarkan oleh agensi untuk ikut rombongan menunaikan umrah (selain pengalaman dia sebelum ni menunaikan umrah dan haji, peperiksaan untuk menjadi mutawif juga diambil kira oleh pihak agensi, dorang tak main ambik je.. kene ada exam jugak), so kiranya dia amat pro selok belok di Masjid Nabawi dan Masjidil Harap so senang sikit jemaah wanita nak dapatkan khidmat nasihat mutawif wanita

Kihkihhh.... abaikan uncang kasut ku yg berwarna purple itu... lupa pulak nak sorok

Abadikan kenangan dengan bonda tercinta diperkarangan Masjid Nabawi, Masha Allah... indahnya

Jemaah lelaki diberikan Tazkirah pendek didalam Masjid Nabawi oleh ustaz. (pic, cr to my BI)


Zohor (9.01.2014)
Selepas sesi Ziarah tadi kami terus disajikan dengan makanan tengah hari. Dan selepas itu bergegas pula ke Masjid Nabawi untuj tunai solat Zohor.

Oleh kerana dari semalam belum lagi beristirehat, kira kiranya hampir 24 jam kami tak tidur. Kebiasaannya kalau lepas solat Asar terus je beriktikaf di Masjid sehingga Isya'.

Keluar keluar je dari pintu Masjid Nabawi.. terjumpa kanak kanak yang cute miut ni.. apa lagi masing masing pun tak melepaskan peluang nak bergmbar dengan budak budak ni. Dorang tunggu di luar sambil menunngu ibu mereka selesai solat. Berani betul budak budak ni dan berani betul ibunya tinggalkan anak anaknya diluar... bukan apa takut takut tak jumpa.. dengan beribu ribu jemaah yang keluar berpusu pusu mmg tak nampak la kalau budak budak tegereak hati nak berganjak dari tempat yang mak mereka tinggalkan... hehe... jauh pulak peginya hayalan ku ini..apa apa pun  mungkin ibunya dah bertawakal kepadaNYA... 

My bonda ... muka pun dah sama da... kalau dikatakan cucunya .. rasanya org percaya... hehe










ASAR (19.01.2014)
Oleh kerana 24 jam tak tidur, lepas je solat Zohor  tadi , mata amat berat terasa,  kami ambik kesempatan  untuk beristirehat sebentar.. dapat la lelap sejam dua sebelum masuk waktu Asar tapi kalau dah lambat begini la jadinya (merujuk pic dibawah) walaupun azan belum lagi berkumandang tapi jemaah jemaah semua dah penuh mengambil tempat memasing masing berebut rebut untuk bersolat paling depan ...

Solat Asar pertama kami di Masjid Nabawi kali ini diluar pintu masjid nabawi,, huhu,,, kiranya kami agak depan jugak tu... ramai lagi di belakang belakang kami. Semasa umrah 2007, kami tak pernah pun solat diluar Masjid ... so tips untuk yang ingin menunaikan umrah, seelok seelok nya pergi ke Masjid 2 jam lebih awal dari masuk waktu, tu pun agak penuh jugak... biasanya waktu asar hingga isya' kami tak balik bilik beriktikaf di Masjid, selepas waktu zohor kene balik, sebab nak makan tengah hari :))












MAGHRIB & ISYA' (19.01.2014)

Beriktikaf di Masjid, Asar - Isya'