Sunday, September 13, 2015

PERCUTIAN SINGKAT KE LOMBOK 2 SEP 2015 - 5 SEP 2015

HEHEHE.....

Citer kat Eourop tak habis lagi, citer time ke umrah tergantung lagi ni nak masuk citer ke Lombok pulak hehe... tak pe la dua cerita tu lain kali je la sambung ye kalau ada masa...

Kali ni citer pasal lombok dulu sementara ianya masih segar dalam ingatan... kalau tak nanti jadi post post sebelum ni kalau dibiarkan lama lama...

Sebenarnya masa mula mula perancangan dengan kawan (kami pergi berdua je, yang lagi dua tak jadi).. agak takut jugak... ye la macam macam citer kita dengar kat Malaysia ni kan... 'Takut kene wat lari kat pakwe Lombok, haha..." tapi bila tengok ramai je retis retis yang pergi dan duk upload gamba gamba cantik kat Lombok rasa teruja sangat nak pergi pun ada...

So apa lagi time flight ticket AirAsia tengah murah , my freind terus sambar... tahun lepas lagi beli.. ahakss.. punya la lama ....tapi we all dapat memang murah RM240 (return)... ke ada yang dapat lagi murah...


KE KLIA 2 - 2 SEPTEMBER 2015

Pernerbangan kami ke Lombok pada pukul 3.15 petang, lebih kurang pukul 10 pagi kami dah keluar (minta tolong salah dari rakan kami , hantarkan ke KL sentral. Kami ambik breakfast dulu dan lebih kurang pukul 11.30 sampai ke KL sentral.. ambik bas ke KLIA 2 dengan tambang RM11.00 (dulu rasanya RM8.00 je kan, mmg dah lama tak guna perkhidmatan bas ke airport ni.. selalunya kalau bercuti dengan family, kita orang sewa kereta je ke Airport :))  kalau dengan rakan rakan...hehe terpaksa la naik bas )

so dalam pukul 12.30- 1 tak sure pukul berapa kami sampai ke Airport, so sebelum tu kami perkena lunch dulu dan solat, lepak lepak kejap terus dah sampai time nak boarding, oleh kerana kami dah check in awal secara online dan tak de bagasi yang di check in,, so kami bersantai je jalan jalan menuju ke boarding gate.


Dalam Bas

Sementara menunggu masa untuk 'boarding"

LOMBOK AIRPORT- 2 SEPTEMBER 2015

Pernebangan ke Lombok mengambil masa dalam 3 jam ... Alhamdullillah pada pukul 6.30 petang (seperti yang dijadualkan) kami selamat mendarat di bumi Lombok... oh ye, sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia ke lombok sewaktu dengan kami (sewaktu boleh gitu).. boleh dikatakan semua seat yang ada kat dalam flight tadi di penuhi orang kita yang nak bercuti ke lombok.. so perasaan tu tak de la takut sangat kan.. tengok ramai je orang... hehe...

6.30 kat Lombok dah gelap.. waktu lombok dengan Malaysia sama cuma waktu siang dan malam kat Lombok cepat sikit dari di bumi Malaysia, selesai semua urusan immigresin bagai... apa lagi kami mencari 'Supir' kami.


Depan Airport di Lombok

Supir ni sebenarnya kami dah tempah siap siap sebelum ke sini, survey punya survey agaknya dah rezeki pak supir ni kot .... huhuhu.. tapi tak berapa nak rekomen sangat la pak Supir ni.. kikikihhhhhh

Ajak pak Supir hanta kita orang gi makan dulu, memang dah lapar sangat.. tak sabar nak pekena 'Ayam Taliwang' ... kalau korang google pasal Lombok ni mesti semua blooger akan rekomen makan ayam taliwang ni... jadi we olls nak cuba gak.. pak supir bagitahu kalau nak makan Ayam Tawliwang Bakar yang paling sedap kat Lombok ni ada satu Restoren di Mataram, lebih kurang 1 jam 1/2 ....ahakssss,... terpaksa menahan lapar 1 jam 1/2... huhu sebenarnya kat depan Airport ni pun ada kedai (hasil dari google)... tapi dah pak supir tu bagitahu kedai tu sedap... so we olls ikut je lah cakap Pak Supir.

Dalam perjalanan ke Mataram (Senggigi berada di dalam Daerah Mataram) .. tak nampak apa apa.. sebab dah gelap... so tak boleh nak view lagi apa yang ada di sekitar Lombok


Lebih kurang 1 jam lebih akhir kami sampai ke restoren  AYAM TALIWANG IRAMA.
Lupa nak snap gamba restoren tu...

Tapi memang berbaloi kami menahan lapar 1 jam lebih... fuuuuhhhh memang sedap... sambal dia tu memang tak leh tahannn pedas gila.. tapi sedap...




rt

Kami ambik set untuk dua orang makan....

Habis makan kami terus gerak kepenginapan kami yang paling budget hehe... Aditya Resort, agak selesa juga sekadar untuk tidur sahaja. Plan asal kami dah booking Kela Resort untuk penginapan kami pada 2 Sept, last minute kita orang cancell dan tukar ke Aditya Resort knn cam rugi la kalau stay kat Kila Senggigi sbb pagi pagi dah nak kuar.. tapi bila samapi sana memang rasa menyesal sangat ... silap planning...

Ni la Aditya Resort RM80 satu malam kami dapat.





Pandangan di waktu malam








Antara bili bilik yang ada di Aditya resrot

ADITYA RESORT SENGGIGI - 2 SEPTEMBER 2015- 2 SEPTEMBER 2015

Antara bili bilik yang ada di Aditya resrot
Yg ni mungkin mahal sikit la kot . Kat atas ni ada kolam renang. berdepan dengan cafe juga
ADITYA RESORT- 3 SEPTEMBER 2015




yang ni tak tahu la berapa RM

hehe ni kami punya, agak kedalam sikit.. agak menyeramkan jugak sebenarnya..



breakfast kami pagi tu

Posing depan bilik dulu sebelum checkout




Pak Supir pickup kami tepat tepat Pukul 8.00 , tapi kami gak lambat sedikit... 8.15 baru kuar bilik. Walaupun baru pukul 8.00 matahari dah memancar terik. Dalam 20 minit kami sampai ke Jeti Nara (Private boat jeti).. sepatutnya lagi cepat sampai tapi disebabkan di depan kami ada sebuah pelancong jadi terpaksa la mengikut perlahan di belakang bas,.. jalan disitu ala ala nak ke cameron highland menaiki bukit.. tu yang terpaksa membotuti bas hehe... tak leh potng memotong, bahaya katenya... jalan selekoh selekoh menaiki bukit. Sepanjang perjalanan memang boleh nampak pemandangan pantai cantik sangat... Pak supir gitahu time balik nanti singgah,, ambik ambik gambar...lepas tu nampak Kila resort.. huhu nyesalnya...


JETI NARA SENGGIGI   3 SEPTEMBER 2015

Sementara menunggu urusan boat kami oleh Pak Supir, kami bergambar gambar dahulu di jeti Nara









 Bersambung :)