Tuesday, June 1, 2021

MY RESEPI - IKAN MASAK ASAM

RESEPI
1) Ikan (Terpulang nak ikan apa, semua jenis boleh , ikut kesukaan masing masing.
2) Bawang besar, hiris besar besar... banyak mana ikut jer... 
3) Bawang putih , dihiris
4) Halia pun di hiris.. berapa biji dan banyak mana terpulang ya... main agak agak sahaja
5) Cili pada beberapa biji, ketuk pecah jer
6) Air asam jawa, guna yang berbiji
7) Garam dan serbuk perisa, sis suka tambah gula sesudu kecil.

CARA ACARA
Ikan dilumur garam kunyit dan goreng. Bawang besar, putih , halia dan cili  di tumis dalam minyak ikan tadi. Lepas tu tuan air asam jawa, kalau rasa nak tambah air sedikit lagi pun boleah dan akhir sekali letak garam dan serbuk perasa. Dah mendidih tutup api dan tuang je atas ikan goreng tadi.

SIAP......

 

WIRID PERMOHONAN


Ya Allah , 

milik Mu segala pujian,

 ya Allah tiada siapa pun yang dapat menghalang apa yang Engkau anugerahkan ,

 dan tiada siapa pun yang mampu menganugerahkan apa yang Engkau halangi,

 tiada siapa pun yang mampu memberi hidayah sesiapa yang Engkau sesatkan dan

tiada siapa yang boleh menyesatkan sesiapa yang  Engkau beri hidayah, dan 

tiada siapa yang mampu memberi apa yang engkau tahan, dan 

tiada siapa yang dapat menahan apa yang engkau berikan, dan 

tiada siapa yang mampu mendekatkan apa yang Engkau jauhkan , dan tiada siapa yang mampu menjauhkan apa yang Engkau dekatkan, 

Ya Allah limpahkanlah kepada kami 

✔keberkatan-Mu, 

✔kasih sayang Mu, 

✔kurnia Mu dan 

✔Rezeki -Mu. 

Amin 


Tuesday, January 24, 2017

PERCUTIAN SINGKAT KE LOMBOK 2 SEP 2015 - 5 SEP 2015 - PART III

PARIII 
 GILI TRAWANGAN - DAY 2 (3 Sept 2015) -ASTON SUNSET BEACH

Selesai urusan check in hotel, kami decide nak cari kedai makan yang halal.. memang kat sini banyak kedai makan tapi kene pilih pilih jugak sebab ada yang tak halal. Melalui pencarian di google kami buat keputusan makan kat kedai 'Hijau' haha mmg kedai tu berwarna hijau pun.. 

Kat sekitar Aston Sunset Beach ni, memang tak ada kedai makan so memang kena keluar dari situ ler... berbasikal la kami menuju ke Jetty (Kat area situ memang banyak kedai makan dan happening sikit) 

Basikal ni kami dapat free je , pihak hotel yang sediakan.




ni la kedai makan yang nama hijau tu tertlis Greean Cafe

Dengan bersungguh sungguh dan bersusah payah (almaklumla time zaman kanak kanak riang je penah bawak basikal) kami mengayuh basikal... maka akhirnya sampai la jugak kami di kedai hijau ni. Makanan boleh tahan sedap dan harga pun berpatutan. Kiri kanan kedai tu ada banyak lagi kedai makan, tapi kami sarankan tak yah makan disitu kerana ada jual makanan yang tidak halal. malah orang yang kat green cafe tu sendiri ada "remind"  kami (time hari kedua, sbb konon kononya nak makan ala ala omputis sikit)


Ni menu untuk lunch hari tu... 


Bergambar kenangan dengan pelancong dari Malaysia yang duduk semeja dengan kami

Hehe perut dah kenyang... jom kayuh basikal... nak menikmati keindahan di waktu petang di Gili Trawangan


Singgah sebentar di jetty, time sampai tadi tak sempat nak bergamabar



bergambar kenangan di main Jetty GT.. cantikkan #nofilter

Dah habis bergambar di jetty, kami bergerak ke sekitar jetty di GT dan melawat pekan kecil dia oarang sambil melihat harga snorkeling yang ditawarkan (walaupun kami tak merancang pun nak bersnorkeling disebabkam masa tak de , hanya sekadar ingin tahu sahaja... ) tapi apa yang kami dapat agak mahal harganya, berlainan benar dari harga yang kami survey sebelum ni... tapi mukin kene tawar menawar kot, tapi kami malas nak tawar menawar sebab tak nak pun....




so bila berjalan2 bermacam macam warna la kami jumpa been ni... hanya mampu upload dua warna je sbb yg lain ada kebnyakkan back ground sensor :(



di sekitar tempat jualan kedai kedai kecil, ada jual pakaian dan barang barang sourviner..

Note: tapi  harga memang mahal berbanding ditempat lain maybe pulau kot...









Begini la rupanya bila akak berbasikal (time ni waktu petang dah balik dari lunch ).. huhu aksi kak jemah yang dah berbelas tahun tak berbasikal .. haha










Thursday, October 15, 2015

PERCUTIAN SINGKAT KE LOMBOK 2 SEP 2015 - 5 SEP 2015 - PART II

GILI TRAWANGAN - DAY 2 (3 Sept 2015)

Selesai urusan Pak Supir dengan urusan motor boat , kami terus dibawa ke Gili Trawangan menaiki boat laju yang diberi nama Aisyah... oh ye kos boat laju ni agak mahal jugak waktu kami tempah ni..400k rupiah untuk one way sahaja... huhu... so kira pegi dan balik 800k le.. sebab kate Supir harganya mengikut musim, kebutalan waktu kami ke sini musim yang ramai pelancong datang, (tak tahu betul ke tidak)... tapi sepanjang kami survey dengan supir supir yang lain (sebelum sampai ke sini) memang harga lebih kurang sama, tapi melalui pencarian dan maklumat dari bloger bloger ada yang boleh dapat murah dari kami, yang paling murah ada yang boleh dapat dalam 400k rupiah untuk pegi dan balik.. huhu.. kira nasib la kot.. huhu...



 Ni la speed boat kami, yang belah kanan Aishah.. memula tengok cam cuak jugak sebab kecik..huhu.. kata supir enggak perlu besar besar cukup untuk dua org je... hehe... sebaik ada yang eskot kami 2 orang so pepehal berlaku dapat la tolong kami sorang satu.. ahaksss.......



Solan pertama yang kami  memula tanya sebelum nak naik adalah 'life jacket mana?"... kate driver moto boat.. 'enggak apa apa, laut tenang sahaja... gak pakai pun tak pe'... huhu... tak de la kami tak nak pakai walau setenang mana lautnya... takuttttttt....sebarang kemungkinan tu ada kan... tapi tak de la tenang mana pun,,, goyang la jugak boat kami ni... :((
Walau secuak mana pun kami... posing tetap posing....
Tak sampai 1/2 jam kami dah sampai ke Gili Trawangan. Kejap je... tapi tak sure berapa minute... nebes punya pasal tak sempat nak set timing.. hehe...

Kami di Jetty Gili Trawangan..... memula sampai... Subahanalllah... memang cantik pulaunya..





Sesampai je kami terus tercari cari hotel kami... mengikut supir kami Aston Sunset Beach Resort 10 minit dari jetty kalau berjalan kaki.. so kami decide ok le jalan kaki je....

Tapi bila bertanya arah jalan kepada pekerja pekerja hotel/resort disitu.. semuanya nasihat kan kami ambik 'Cidomo' (kereta kuda).. sebab agak jauh sebenarnya hotel kami tu.. huhu... hampeh betul pak supir ni.... 

Kami pilih Aston Sunset Beach Resort tu sebab nak dekat dengan tempat yang ada buai tu... sekali jauh rupanya dari jetty ni... bila sampai je owh baru kami tahu... kat area sunset ni semuanya hotel2 dan resort ala ala 5 start gitu... agak privacy sikit... tapi memang sukar nak cari tempat makan yang halal kat area ombak sunset ni... kami terpaksa ke jetty balik baru banyak2 kedai makan kat situ yang penting halal... owhh bab bab makan makan nanti cerita kan kemudian...

Puas kami berunding harga dengan Penugang penugang Cidomo ni... alamak semuanya harga mahal daripada harga yang kami survey... so malas nak pikir kami bayar 100krpiah untuk Cidomo angkut kami ke Aston Sunset Beach Resort.. (Mengikiut hasil survey kami harga Cidomo ada yang boleh dapat 75k plg murah... harga tu untuk round satu Gili Trawangan... tapi yg kami dapat 100rupiah hanya hantar kami ke hotel sahaja, redha je la)...


Bermonopod dalam Cidomo. 

Oleh kerana kelam kabut mencari Hotel kami, terlupa nak snap gamba di sekitar jetty... Banyak resort resort kat jetty, kami nasihatkan baik korang ambik r resort yang berhampiran dengan jetty senang sikit...banyak kemudahan...terutamanya kemudahan kedai makan... kalau korang nak tengok sunset boleh sewa basikal je dalam 80 rupiah kot.. tak sure sangat... Kami dapat free sewa basikal , pihak resort yang sediakan.


 ASTON SUNSET BEACH RESORT - DAY 2 (3 Sept 2015)

Huhu, betul la cakap girl yang kami tanye tadi tu, memang jauh naik Cidomo ni dalam 20 minit jugak la nak sampai, ni kalau menampak tadi memang tak tau la berapa lama nak menapak... tapi sepanjang kami dalam perjalanan tadi ada je yang berjalan kaki...






Sampai sampai ke kami disediakan dengan welcome drink, jus Nenas.. memang pure punya sedap gila, siap mintak tambah lagi.

Aston sunset beach resort sebelah je dengan ombak sunset beach resort. Resort kami memang dekat sangat la dengan buaian ombak sunset dan memang lokasi pantai yang paling femes nak tengk sunset dan sunrise.

Selesai urusan check in, kami terus menuju kepantai di depan resort kami, Wow!!!! memang menerujakan..















Ni la buaian yang menarik kami datang ke Lombok.. hehe kebetulan time kami datang tak de orang so memang kami pulun sakan le bergambar. gambar bawah tu elok pulak lepas kami dah jemu berposing kat buaian ni , ramai lak yang muncul sebaik kami dapat dulu, kalau jenuh lah nak Q tunggu turn nak berposing kat buai ni ..







Dah habis sesi foto mefoto disini, kami balik kebilik dulu untuk simpan barang dan solat.

bersambung part III ye... 














Sunday, September 13, 2015

PERCUTIAN SINGKAT KE LOMBOK 2 SEP 2015 - 5 SEP 2015

HEHEHE.....

Citer kat Eourop tak habis lagi, citer time ke umrah tergantung lagi ni nak masuk citer ke Lombok pulak hehe... tak pe la dua cerita tu lain kali je la sambung ye kalau ada masa...

Kali ni citer pasal lombok dulu sementara ianya masih segar dalam ingatan... kalau tak nanti jadi post post sebelum ni kalau dibiarkan lama lama...

Sebenarnya masa mula mula perancangan dengan kawan (kami pergi berdua je, yang lagi dua tak jadi).. agak takut jugak... ye la macam macam citer kita dengar kat Malaysia ni kan... 'Takut kene wat lari kat pakwe Lombok, haha..." tapi bila tengok ramai je retis retis yang pergi dan duk upload gamba gamba cantik kat Lombok rasa teruja sangat nak pergi pun ada...

So apa lagi time flight ticket AirAsia tengah murah , my freind terus sambar... tahun lepas lagi beli.. ahakss.. punya la lama ....tapi we all dapat memang murah RM240 (return)... ke ada yang dapat lagi murah...


KE KLIA 2 - 2 SEPTEMBER 2015

Pernerbangan kami ke Lombok pada pukul 3.15 petang, lebih kurang pukul 10 pagi kami dah keluar (minta tolong salah dari rakan kami , hantarkan ke KL sentral. Kami ambik breakfast dulu dan lebih kurang pukul 11.30 sampai ke KL sentral.. ambik bas ke KLIA 2 dengan tambang RM11.00 (dulu rasanya RM8.00 je kan, mmg dah lama tak guna perkhidmatan bas ke airport ni.. selalunya kalau bercuti dengan family, kita orang sewa kereta je ke Airport :))  kalau dengan rakan rakan...hehe terpaksa la naik bas )

so dalam pukul 12.30- 1 tak sure pukul berapa kami sampai ke Airport, so sebelum tu kami perkena lunch dulu dan solat, lepak lepak kejap terus dah sampai time nak boarding, oleh kerana kami dah check in awal secara online dan tak de bagasi yang di check in,, so kami bersantai je jalan jalan menuju ke boarding gate.


Dalam Bas

Sementara menunggu masa untuk 'boarding"

LOMBOK AIRPORT- 2 SEPTEMBER 2015

Pernebangan ke Lombok mengambil masa dalam 3 jam ... Alhamdullillah pada pukul 6.30 petang (seperti yang dijadualkan) kami selamat mendarat di bumi Lombok... oh ye, sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia ke lombok sewaktu dengan kami (sewaktu boleh gitu).. boleh dikatakan semua seat yang ada kat dalam flight tadi di penuhi orang kita yang nak bercuti ke lombok.. so perasaan tu tak de la takut sangat kan.. tengok ramai je orang... hehe...

6.30 kat Lombok dah gelap.. waktu lombok dengan Malaysia sama cuma waktu siang dan malam kat Lombok cepat sikit dari di bumi Malaysia, selesai semua urusan immigresin bagai... apa lagi kami mencari 'Supir' kami.


Depan Airport di Lombok

Supir ni sebenarnya kami dah tempah siap siap sebelum ke sini, survey punya survey agaknya dah rezeki pak supir ni kot .... huhuhu.. tapi tak berapa nak rekomen sangat la pak Supir ni.. kikikihhhhhh

Ajak pak Supir hanta kita orang gi makan dulu, memang dah lapar sangat.. tak sabar nak pekena 'Ayam Taliwang' ... kalau korang google pasal Lombok ni mesti semua blooger akan rekomen makan ayam taliwang ni... jadi we olls nak cuba gak.. pak supir bagitahu kalau nak makan Ayam Tawliwang Bakar yang paling sedap kat Lombok ni ada satu Restoren di Mataram, lebih kurang 1 jam 1/2 ....ahakssss,... terpaksa menahan lapar 1 jam 1/2... huhu sebenarnya kat depan Airport ni pun ada kedai (hasil dari google)... tapi dah pak supir tu bagitahu kedai tu sedap... so we olls ikut je lah cakap Pak Supir.

Dalam perjalanan ke Mataram (Senggigi berada di dalam Daerah Mataram) .. tak nampak apa apa.. sebab dah gelap... so tak boleh nak view lagi apa yang ada di sekitar Lombok


Lebih kurang 1 jam lebih akhir kami sampai ke restoren  AYAM TALIWANG IRAMA.
Lupa nak snap gamba restoren tu...

Tapi memang berbaloi kami menahan lapar 1 jam lebih... fuuuuhhhh memang sedap... sambal dia tu memang tak leh tahannn pedas gila.. tapi sedap...




rt

Kami ambik set untuk dua orang makan....

Habis makan kami terus gerak kepenginapan kami yang paling budget hehe... Aditya Resort, agak selesa juga sekadar untuk tidur sahaja. Plan asal kami dah booking Kela Resort untuk penginapan kami pada 2 Sept, last minute kita orang cancell dan tukar ke Aditya Resort knn cam rugi la kalau stay kat Kila Senggigi sbb pagi pagi dah nak kuar.. tapi bila samapi sana memang rasa menyesal sangat ... silap planning...

Ni la Aditya Resort RM80 satu malam kami dapat.





Pandangan di waktu malam








Antara bili bilik yang ada di Aditya resrot

ADITYA RESORT SENGGIGI - 2 SEPTEMBER 2015- 2 SEPTEMBER 2015

Antara bili bilik yang ada di Aditya resrot
Yg ni mungkin mahal sikit la kot . Kat atas ni ada kolam renang. berdepan dengan cafe juga
ADITYA RESORT- 3 SEPTEMBER 2015




yang ni tak tahu la berapa RM

hehe ni kami punya, agak kedalam sikit.. agak menyeramkan jugak sebenarnya..



breakfast kami pagi tu

Posing depan bilik dulu sebelum checkout




Pak Supir pickup kami tepat tepat Pukul 8.00 , tapi kami gak lambat sedikit... 8.15 baru kuar bilik. Walaupun baru pukul 8.00 matahari dah memancar terik. Dalam 20 minit kami sampai ke Jeti Nara (Private boat jeti).. sepatutnya lagi cepat sampai tapi disebabkan di depan kami ada sebuah pelancong jadi terpaksa la mengikut perlahan di belakang bas,.. jalan disitu ala ala nak ke cameron highland menaiki bukit.. tu yang terpaksa membotuti bas hehe... tak leh potng memotong, bahaya katenya... jalan selekoh selekoh menaiki bukit. Sepanjang perjalanan memang boleh nampak pemandangan pantai cantik sangat... Pak supir gitahu time balik nanti singgah,, ambik ambik gambar...lepas tu nampak Kila resort.. huhu nyesalnya...


JETI NARA SENGGIGI   3 SEPTEMBER 2015

Sementara menunggu urusan boat kami oleh Pak Supir, kami bergambar gambar dahulu di jeti Nara









 Bersambung :)