Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak -2012


Assalamualaikum... dah lama rasanye tak update kat sini... pejam celik pejam celik dh masuk Ramadhan, esok 1 Ramadhan semua umat Islam seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa...

Marilah kita sama-sama mengicapkan "Marhaban Ya Ramadan"
Mengucapkan "Marhaban Ya Ramdan" (Selamat Datang Ramadhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.
Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramdan.





kat sini nak sharekan tips macam mana nak complete kan baca al-Quran pada bulan Ramadhan

selamat menjalankan ibadah puasa :


Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban 14hb Julai 2012 Malamnya

Nisfu Syaaban
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Saturday, April 28, 2012

MELANCONG KE INDIA - NEW DELHI-AGRA-KASHMIR (SRINAGAR - GULMARGE) 13 FEB to 19 FEB 2012 - PART 2

16th Feb 2012 : Dal Lake (Srinagar) - Gulmarg

Pagi di sini amat dingin, nak ambik wudhuk pun aduhai menahan kesejukan... lepas solat terus keluar nak tengok keindahan di waktu pagi di Dal Lake... aduhai indahnya ciptaan tuhan dengan rasa nyaman dan segar....


15hb feb (Malam)...

Kami tiba di Dal Lake pukul 7.30 mlm... keadaan disekitar tasik mmg dh  gelap .. hanya nampak lampu-lampu malap je... kuar  dari kereta... fuhhhh sejuknya.... walaupun dah pakai longjohn, baju sweter 2 3 4 lapis , winter coat bagai tapi masih lagi tak cukup... sejuk gila... sementara menunggu nak naik Shikara dan menunggu dia oarang memunggahkan beg beg kami.. kami semua duk menahan kesejukan... time tu dah -5'c... maunye tak sejuk...

Nak naik Shakira ni pun cuak jugak.. (untuk ke resort yang menginap malam ni kene naik shikara).. dah la dalam keadaan malam yang gelap gelita... dalam hati memang takut.. dah la ai ni memang fobia dengan air... kecoh sekejap takut terlebih muatan... maunya tak, semuanya nk  sumbat kat dalam we all punye shakira... "takut tenggelam" ... hahaha... padahal x benda pun ... dia orangkan dah biasa dan tahu mana yang boleh dan tak boleh... al maklumlah we all tak biasa.. lelagi la bila tak disediakan life jacket....:)

Sesampai je kat House Bout (Resort kami) ... wah sangat cantik dan selesa... memasing dah berebut memanaskan badan kat heater...



ni keadaan bilik kami...walaupun nampak macam biasa je.. tapi amat selesa...






dinner we all pd mlm tu... wow! KARI mmg best.. walaupun simple hanya dihidangkan nasi, kari ayam dan telur dadar... semua makan siap tambah tambah.....kelaparan sebenarnya dari siang tadi tak makan.. hehe



Lepas je makan kami terus tido... ingat nak tengok pemandangan di luar..tapi ooohhh tak tahan sejuk

16hb feb ...

Bangun je kami disiapkan dengan sarapan pagi roti bakar dengan telur dan kopi /teh panas... walaupun simple lazatnya tak terkira... huhu sejuk agakmya lapar semua benda pun sedap.. padahal kalau kat masia cam gitu breakfast tak akan sentuh pun ahaksss...

Breakfast kami, tu nasi malam tadi..  dorang tak masak kat house boat tu.. maybe kat rumah lain kot, ada orang hantar pakai boat..
Selepas breakfast sambil menunggu tour guide kami bawa kami mengelilingi Dal Lake ni dengan Shakira.. kami berfoto foto dulu... bukak je pintu depan houseboat mak ai... sejuknya.... angin sepoi 2 bahasa... memang indah nyaman dengan air yang tenang... ni la agaknya apa yang mereka katakan KASHMIR SYRAG DUNIA... belum sampai ke Gulmarge lagi ni...


Tetiba bila kami bukak je pintu ada je penjual penjual terus meluru masuk ke houseboat kami duk promote barang... salah satu sya tertarik dengan jacket berbulu  maroon klasik yg saya pegang tu murah je,,,,,ermm korang perasan heater dorang tu klasik kan... masukkan arang je..

my fren mintak posing dengan baju ni :))

mamat ni (pekerja house boat resort) masukkan arang 

Ini lah housebout di Dal Lake Srinagar India. Memang tenang dan sejuk. Dikelilingi tasik ni juga ada penepatan penepatan penduduk....







Selesai mengemas semua kami checkout dari housebout. Alhamdulillah satu pengalaman yang tak dapat nak digambarkan sewaktu berada di housebout ini dimalam hari dan menaiki shakira menuju ke housebout kami satu pengalaman yang kami akan kenangkan sampai bila bila.... 
Ni pun pengalaman yang agak takut jugak.. tapi pikir postif... takut dah la tak de life jacket... perahu/shikara dorang pun leper leper je.... huhuhu.... 
Naik Shikara - Dal Lake Srinagar India

Deretan Shikara yang sedang menununggu penumpangnya/kami

yuhuuu my sweet friend ..excitedddd me? ahakkkks




Di Shikara pun kami di apit oleh penjual penjual yang duk promote beli barang... member ai dah tenson huhu



Shikara kami di apit oleh shikara penjual2.. ermmm nak bergerak pun susah... nk menikmati pemandangan pun terganggu huhu, tapi we ollss ada jugak rembat satu dua... huhu murah2 jer... korang kene pandai tawar menawar la...harga dorang letak memula mahal jugak... my fren remabt sarung tangan kulit... murah je... kat masia ai beli adusss mahal gila....
haha... ramaikan bodyguard kami.... :))))




Thursday, March 29, 2012

MELANCONG KE INDIA - NEW DELHI-AGRA-KASHMIR (SRINAGAR - GULMARGE) 13 FEB to 19 FEB 2012

15th Feb : Delhi to Srinagar by Indigo Airline.

Alhamdulillah, perjalanan kami semalam selama (lebih kurang) 5 jam selamat tiba di Hotel Blueberry New Delhi..
Hotel ini bagi kami sangat selesa dan cantik... walaupun pada mulanya kami agak cuak sikit apabila bas kami melawati jalan disekitar hotel ini... nampak daif sangat... bila tengok keadaan cam gitu masing masing dah terbayang dengan andaian masing masing hotel yang bakal kami duduk nanti  mesti %##556.... tapi sangkaan kami meleset rupanya jalan yang dibawa oleh pemandu kami adalah jalan belakang.. pemandu kami tidak berapa pasti hotel Blueberry ini dimana kerana buat masa ini kami adalah pelanggan pertam yg dia hantar ke hotel itu... memandangkan hotel itu agak baru... Setibanya sampai memasing semuanya bersyukur tengok keadaan hotel sangat selesa... dan kawasan depan nya tak adalah seteruk jalan belakang... tapin ok jugak pengalaman kami melihat dengan mata sendiri betapa dhaifnya kehidupan mereka walaupun didepannya bangunan pencakar langit erat membangun.

Blue Berry Hotel @NEW DELHI




Gambar bilik di Hotel Blueberry New Delhi







Flight kami hari ini ke Srinagar (Srinagar Airport) pukul 1pm... so sebelum bertolak je Airport kami bergambar dan meninjau pemandangan di New Delhi... kemiskinan mmg jelas kelihatan walaupun di tengah bandar .

@New Delhi

Terasa sedih melihat mereka, dalam keadaan cuaca yang sejuk (masa ni 7'c)..mereka hanya menutup atas sahaja...tiada tempat tinggal... kami bertanya mana ibunya... mungkin mereka dapat agak apa yang kami tanya.. mereka menjawab " babu" sambil menunjukkan kepada seseorang... pada tanggapan kami itu datuknye kot... berada tidak jauh dari mereka.... mungkin ibu bapa mereka kuar berkerja.... tatkala ini air mata kami menintis melihat sang abang mendukung adiknya (tanpa berseluar - perempuan lak tu) untk mendapatkan makanan (biskut) yang kami bahagi bahagikan... huhuhu tak mau ...sedih....



 Sume sayu memandang mereka - ini lah transport kami dan yg macho tu driver kami ....

 dia org masih malu malu dan cuba menyebunyikan diri semasa kami sedang menghampiri mereka
 Bahagi2 kan biskut... 2 baby tu tak pakai seluar... huhu kesian.... tetiba teringat kat Anggelina Jolie... tak nak pulak ambik bebudak ni jadi anak angkat :)

Dalam pukul 12.00 kami sampai ke Airport Indira Ghandi... tak de lah jauh sangat airport ni dari hotel kami...dalam 15 minit dah sampai.... tapi memasing dah cuak coz takut terlepas flight sebenarnya kami agak lambat.... 

@New Delhi (INDIA GHANDI INT AIRPORT)








@SRINAGAR-JAMMU-KASHMIR
Pernebangan dari New Delhi ke Srinagar hanya 45.00 minit sahaja... so tak terasa sangat... tak sempat nak lelap mata, asyik beborak tetiba kapten dah announce yg selamat mendarat dan suhu sekarang adalah 3'c.... 


Kat Airport kami di sambut Tour Guide... punctual... macam ni la...tapi cam biasa lah banyak sangat kene isi borang...keadaan airport kat sini tak de lah secanggih/cantik macam New Delhi tapi.. pekerja2nya ermmm boleh tahan jugak handsomenya.....dengan winter jacket labuh berwarna biru gelap... mmg menambahkan lagi kesegakan mereka... 

Keluar sahaja dari Airport ... wow sejuknya.... segar dan nyaman rasanya... kami di sambut oleh driver-driver kenderaan kami... empat buah kenderaan MPV untuk kami ...so kira ok la... amat selese... kenderaan mereka pun nampak baru... dan yang membuatkan kami merasa selamat, bila mendengar kalimah bismillah di sebut oleh pemandu kami sebelum bergerak...alhamdulillah... 

Sepertimana yang kita tahu penduduk di Kashmir ni 99% adalah muslim.... so di sepanjang perjalanan menuju ke Dal Lake... sudah kelihatan beberapa buah Masjid... tetiba teringat masa pergi Sabah hari tu... sepanjang perjalanan ke Gunung Kinabalu.. berderetan gereja yang kami nampak berbanding Masjid... 

Sebelum dibawa ke Deluxe Houseboat di Dal Lake kami dibawa terlebih dahulu melihat pemandangan yang cantik... masya'Allah sangat cantik... dengan deretan rumah rumah papan yang besar dan pokok pokok yang tidak berdaun..... sangat cantik.... sepanjang per jalanan kami jugak kelihatan di jalan jalan  terdapat ramai askar askar  dan juga sekatan jalan raya.... Kashmir merupakan kawasan bergolak... sebab itu lah ramai askar askar yang kelihatan... pelancongan merupakan pendapatan utama mereka, sebab itu lah mereka akan senantiasa pastikan keselamatan pelancong mereka.....

                                                           Perumahan di Dal Lake...




Tak tau la nama tempat ni... tapi driver kami berhentikan kami untuk ambik gambar katanya....








@Mughal Gardens - Visiting the Nishat Bagh,Chaslmashahi,Shalimar garden & Shankacharya temple..

Mengikut tour guide ini, kalau datang pada musim bunga kat garden ni... sgt cantik dengan bunga bungaannn kalau tak silap pada bula Jun & Julai... pada musim sejuk ni kebanyakkan pokok dah mati... dan sekarang mereka buat tanaman semula... baru tabur bijih benih....

walaupun hanya tinggal ranting kayu sahaja keliahatan, tapi pemandangannya tetap cantik   dan udaranya... nyaman...owh lagi satu ku nak bagitahu tahap kebersihan di kashmir ni amat berbeza dengan New Delhi... walau pun bandar Kashmir ni tidak lah se gah New Delhi tapi bandar nya amat cantik dan berudara segar (tak busuk... kat ND ada bau la...iihhhhh)... mungkin kita dapat lihat disitu yang Islam amat menitik beratkan kebersihan.....

Tour guide gi beli tiket...













 Ku di dera ambik gamba cam gini - Mungal Suite




with our tour guide @Kashmir










Cantik kan Kashmir girl...












Pekerja mereka sedang berehat- maybe minum petang kot...




baru tanam pokok bunga untuk musim bunga nanti...






Sedikit info: Tempat ini merupakan taman bunga Maharaja Mughal yang berhubung dengan Tasik Dal, berhampiran dengan bandar Srinagar di negeri Jammu dan Kashmir yang diberinama Shalimar Garden , Shalamar Bagh,Farah Baksh dan Faiz Baksh dan taman lain Nisha Bagh. Taman ini di bina oleh Maharaja Jahangir untuk isterinya Nur Jahan pada tahun 1619. Bagh dianggap titil kualiti hortikultur Mughal. Sekarang dijadikan taman umum.
                                                                                                                                 Note: Sumber Wikipedia

Shooping time... seperti biasa la kan kononnya nak tunjuk tempat buat karpet.. tapi sebenarnya suwuh kita org beli.. oleh kerana sebahagian kami time kat Agra ari tu dah shoping karpet , kat sini x de lah nak beli lagi kan...:)











Selesai sahaja shooping kami bergerak ke Houseboat Hotel, tempat penginapan kami untuk malam ni... keluar dari tempat ni... wow! makin sejuk.... -1'c dah... sejuk....walaupun dah pakai 2 3 empat lapis... 






Kami menuju ke House Boat - pemandangan di waktu senja...

Part 3-  tunggu ye...