Wednesday, June 5, 2013

WINTER IN BEIJING PART IV-I - FOOT MASSAGE & NIUJIE MOSQUE

Hari ke tiga -Bahgian pertama
Mengikut Itinerary hari ini (Itinerary dari Malaysia boleh berubah bila sampai disini, so Itinerary yang kita dapat dari travel agen dari Malaysia tak leh ikut 100% ....)  kami akan dibawa ke SNOW WORLD... yahuu!! boleh main ski... semasa didalam bas ada antara kami berdoa semoga snow turun.. ye la hari ni dah hari ke 3, tapi snow fall tak muncul muncul... yang kelakarnya orang kat Beijing berdoa supaya snow tak turun, terbalik pulak... 

Sebelum ke Snow World, kami di bawa ke FOOT MASSAGE kat pusat perubatan tradisional  Beijing. Messagenya kejap je... duk promote jual ubat yang lebih :(... so sape sape yang bawak duit cukup cukup je memang tak boleh la nak berbelanja ubat ubatan disini, harganya mak eh boleh 2 3 kali pakej datang ke Beijing ni. Mahal. Dengar cerita ubatan traditional dorang memang bagus. tapi tak tahu la kan terpulang la pada diri memasing nak percaya atau nak beli ke tidakkk... sebahagian dari keluarga kami ada jugak yang beli .. mintak mintak berkesan la ya..

Seperti biasa layan je la gambar gambar weollsss ya...


haha... ni kes kene denda sebab lambat... so pe lagi kene nyanyi la.. yang pakai jaket biru pemandu pelancong kami  Andika namanya, memang fasih berbahasa melayu... boleh dikatakan semua perkara  yang berlaku kat Malaysia dia tahu samada mengenai ekonomi ataupun  politik , bagus betul...

Di di bilik tempat nak massage, beria ria la semua bukak kasut stokin nak message.. ye la dah 2 hari berjalan penat.. so nak kene message semua nak la kan, boleh la hilang sikit lenguh....



Elok elok we all di massage, sambil yang di depan membebel (perkenalkan dirinya seorang doktor).. akak tak layan sangat apa yg doktor tu ceramah kat depan, tengah  tumpu kat minah yang tengah duk gosok gosok kaki akk ni.. pelik la asal main sental sental cam gitu je... tengah sembang sembang2 ngan adik & mak tetiba muncul dua orang kat atas ni.. yang lelaki tu pakar perubatan tradisional dorang dan yang perempuan jurubahasa omputih... pakar perubatan duduk periksa adik akak ni dia kata mata adik akak ni lebam/hitam itu petandanya tak sihat.. akak tak pulak kene check...so macam macam la dia duk bercerita.. duk promote suruh ambik ubat ni ubat tu, elok untuk ni untuk tu...alih alih bila kita orang tak cakap tak mau beli fulus tak cukup ..pakar n jurubahasa tupun  blah, yg duduk massage kaki kita orang pun blah... yang mana masih lagi berunding dengan pakar memasing, lama mereka berunding lama tu la mereka di massage.. haha... tapi hebat jugak pakar pakar tradisional ni, salah sorang kakak akk mmg ada asthma.. so berminat la nak beli ubat dorang, lepas tu pakar tu kasi servis berubat ala ala kung fu.. kakak akk memang betul terasa getaran elektrik time pakar perubatan duk tarik tangan kat dahi dia... hehe.. yg macam kita tengok citer kung fu tu...
ni anak buah Natasha dan Syarain.. rendam je la kaki ya.. tak de tukang massage

ni gamba time kat luar pusat perubatan tradisional ... sementara menunggu yang lain mendapat rundingan perubatan ... we all posing posing kat luar dulu... cantik gak kawasan ni.. lagi baru lepas salji turun.. masih lagi kelihatan salji saliji yang dikumpul di bawah  bawah pokok... so dapat lah jugak dorang kenal salji dan main salji


Di depan pintu masuk



Winter Sonata oppsss .....
My mum n my sis

Me n two angels
excited 



my family




Dah habis posing, kami dibawa ke restoran Islam Xin Jian Muslim Restoran. Restorannya agak bersih dan cantik. Tapi dah masuk hari ke tiga dah tak boleh nak telan dah... walaupun lauk lauk nya nampak menarik ... coz akk tak boleh nak telan nasi tanpa kuah... dorang tak de kuah... semua main goreng... ermmmm....

Kat depan restoran tu tetiba ternampak kenderaan yang agak pelik dimata kami...

Restoran ni terletak di tengah tengah bandar.. so nampak macam cantik.. pe lagi kami posing dulu la...




menunggu makan dan hidang... cutekan mereka

Kami diberikan satu bilik untuk keluarga kami sahaja... restoran ni agak besar dan mempunyai beberapa bilik makan..




Kat depan restoran ni ada ramai yang duk jual ubi keledek bakar... nampak macam sedap.. teringin nak beli time 1st day sampai hari tu ada jual, ada jugak dengar cerita yang ubi bakar kat Beijing ni sedap.. lagi la di musim sejuk ni memang berselera makan ubi. Kami beli dan makan dalam bas.. memang sedap... peringatan ye.. korang kene pandai tawar menawar jugak beli ubi bakar ni... yang kene tipu tu biasa la kan.. so jangan tertipu kalau dorang letak RM20.oo satu ketul korang tawar RM10.00, kalau yg RM10.00 korang tawar la RM5.00.. atas nasib la.. ada yang dapat lebih murah dari tu pun ada... ermmm kat Beijing ni dari Gedung yang sebesar alam hingga la yang jual jual kat tepi jalan camgini semuanya nak menipu.. so pandai pandai korang la tawar menawar ya... kalau kene marah pun wat dono je...
NIUJIE MOSQUE
Selepas lunch kami di bawa ke Masjid Niujie.Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebnayakkan hiasan Islam. Masjid ini dibina dari kayu balak. Terdapat batu bersurat yang tertuli suatu tiatah seorang maharaja pada 1694 zaman Dinasti Qing.













2 comments:

Azian Elias said...

salam kenal...


wah.. menarik ye bersnow2 macma tu.. i maybe tak kuat for snow.. tak tahan sejuk.. pegi beijing tahun 2005 pun waktu spring nak ke summer.. pun rasa sejuk. haru betul..

i saw yr blog masa cari tau pasal kashmir.. u pun pegi msa sejuk.. i went there masa spring. sornag diri... INSYALLAH akan ke sana lagi in April next yr with frens..

Zila said...

Salam kenal Azian.
Hehe... mmg saje nak merasa kat tempat sejuk..Alhamdulillah so far masih boleh tahan lagi kat tempat sejuk.

Wow! u pegi sorang sorang melancong kat Kashmir.. beraninya U.. hari tu we all pegi New Delhi + Kashmir... Kashmir memang best.. ada banyak lagi gambar time kat Gulmarge kashmir belum sempat nak upload/citer, kebetulan time kita orang sampai tu heavy snowfall, memamng merasa la snow jatuh atas kepala.. hehe , semua tempat kat situ diliputi salji tebal, lebih dari 1 meter.. memang pengalaman yang menerujakan..sonok sangat walaupun kesejukkan... hehe

Sonoknya you nak pergi lagi ... memang dorang ada cakap kalau pegi bulan Jun - July kashmir lagi cantik.. musim bungakan kalau tak silap I.. I dah baca citer u time kat kashmir.. memang best kan...