Tuesday, April 29, 2014

PENGALAMAN MENUNAIKAN UMRAH PART II

UMRAH ZIARAH  8HB JAN - 18HB JAN 2014

MADINAH - 9HB JAN 2014 

Hotel  ( 2.30 pagi)


Kami menginap disini.. tidak berapa jauh dengan Masjid Nabawi.. tidak sabar rasanya untuk ke Masjid Nabawi.. Rindu tak tertahan...
Selesai sahaja pembahagian bilik, kira kira 3.00 pagi kami dibawa ke Masjid nabawi untuk melawat sekitar Masjid dan di beri tunjuk ajar oleh mutawif jalan dan pintu masuk ke Masjid untuk solat Subuh nanti. 
Cuaca masa ini di Madinah sejuk... lebih kurang 11'C.
Ziarah sebenar akan dilakukan pada pagi esok selepas makan pagi.


MASJID NABAWI ( 3.00 pagi)



Add caption
Sampai sahaja di pekarangan Masjid Nabawi, hanya Allah sahaja yang bagaimana perasaan ku, tidak dapat digambarkan .. menitis air mata kesyukuran kerana masih lagi di berikesempatan untuk kali kedua untuk menziarahi Makam Rasulullah S.A.W
Pada waktu ini orang belum ramai , tunggulah satu jam nanti pasti penuh orang menunggu waktu subuh
  
Kami tidak melepas kan peluang untuk bersolat tahyatul Masjid di Masjid Nabawi- Bergambar selepas solat sunat tahyatul masjid
Didalam Masjid Nabawi, sementara orang masih belum ramai, cuma yang ada hanya beberapa orang sahaja mungkin mereka juga seperti kami yang baru sampai atau yang menunaikan solat tahajut.








Walaupun dalam keadaan yang kepenatan ... hehe... kami tetap mengambil kesempatan untuk bergamabar sekejap. Lagipun hanya beberapa jam sahaja lagi subuh akan masuk... rasanya tak tidur la kami hari ini ;)))


MASJID NABAWI ( 4.30 pagi, Sebelum Solat Subuh)

Tak sempat nak tidur... hanya merehatkan diri atas katil je... sejam selepas tu dah kene bersiap balik untuk ke Masjid Nabawi tunaikan solat fardhu Subuh.
Jemaah berpusu pusu menuju ke Masjis Nabawi untuk tunaikan solat Subuh

Oleh kerana dah lambat (walaupun azan subuh belum berkumandang).. terpaksa bersolat di luar Masjid, di depan pintu masuk. orang dah penuh....

Selepas solat Subuh... masing masing dah penat... mahu balik bilik je... gambar dibawak waktu selepas Subuh




Kelitan jemaah berpusu pusu keluar menuju ke hotel masing masing, laluan diatas merupakan laluan ke hotel kami.... masyaAllah ramainya...ditengah tengah laluan kelihatan ada penjual yang menjual pelbagai barang.... murah murah je.... sempat jeling jeling je... penat sangat.... 






Monday, April 21, 2014

PENGALAMAN MENUNAIKAN UMRAH 2014 - PART 1

UMRAH 8 JAN -18 JAN 2014 - PART 1

KELENGAKAPAN DAN PERSEDIAN UMRAH

Pejam celik pejam celik dah hari dah masuk 1/4/2014... maksudnya hampir 3 bulan balik dari kota Mekah. Baru ada masa nak upload dan berkonngsi pengalaman mengerjakan Umrah pada thn ini.

Sebenarnya ini merupakan kunjungan kali ke 2 kaki ku ini mengujungi kota Mekah dan Madinah. Kali pertama pada tahun June 2007, tujuh tahun yg lalu..... alahai kejap dah tujuh tahun ;((  paham paham la ye..pe maknenye tu.....hehe...

Apa apa pun syukur Alhamdulillah diberi lagi kesempatan dan rezeki untuk mengerjakan umrah kali ke 2.....

Bila dikhabarkan urusan untuk kesana  dan pengurusan visa settle almaklum lah... kalau yg single mingle ni sekarang agak susah sukar sikit untuk dapatkan visa memerlukan mahram yg ada related betul dengan kita seperti Ayah, abang atau adik kandung lelaki sahaja. tak macam tahnu 2007 tu,,, time bermahram kan abang ipar pun boleh. Kali ni mahram ku abang ku kandung... walaupun abang kandung tapi mak ai... banyak benor kene submit dokumen, kp,sijil lahir, surat dari pejabat pendaftaran, dokumen doukumen tu pula kene cop dari pejabat pendaftaran.. tapi semua tu travel agent yang uruskan, termasuk lah surat pengesahan yang menyatakan kami ni adik beradik kandung, semua agent yang uruskan .

So bila semua urusan visa di luluskan makanya makin hampir la untuk kami berangkat, Seminggu sebelum berangkat tu tukus lumus mencari kelengkapan untuk ke Mekah. Sebelum tu dah ada beli sikit sikit.

Rasanya dah ramai kot bloger bloger lain yang bagi tips untuk kelengkapan Umrah.. so rasanya tak perlu la kot nak citer apa yang saya bawa kesana kan...

8 JANUARY 2014 - KLIA






Kami pergi dengan Tiram Travel Agency .. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

Pernebangan kami 6.30 pm .. kami naik  penebangan charter Saudi Airline ke Madinah.Umrah pertama dulu naik Emirates. transit ke Dubai.. rasanya Emirates Airline  lagi best kot .. hehehe




Hehe macam biadsa la kan... lebih kurang 1/2 jam berlepas sudah pasti kita dijamukan dgn makan dn minum... tu la menu kami... sambil makan sambil tgk pemandangan.... Allahu Akhbar... indahnya ciptaan tuhan.
P/s gambar ambik dr insta je.. hehe senang tak yah nak sort sort gamba lagi bagai.. satu satu nak  upload  kan....

9 January 2014 - 2am Airport Madinah


Alhamdullilah kami selamat sampai ke Madinah. Gambar pertama kelitan Masjid Nabawi amat terang memderang darii pandangan atas flight time fkight terbang rendahh untuk landing.. MasyaAllah... cantiknya pemandangan tu dari jauh atas kelihatan masjid Nabawi ygg kelihata berkilaun. .. .


Di Airport Madinah. Airport ni sangat kecik berbanding aitport Jeddah. Peraturan pun tak seketat di Jeddah. Mudah pengurusan. Cuma agak lambat sebab kaunter ada beberapa sahaj orang ramai dan airport kecil.


Alahamdulliah.. selepas ini bermula la Ziarah dan Umrah kami dibumi yang penuh barakah.