Tuesday, April 29, 2014

PENGALAMAN MENUNAIKAN UMRAH PART II

UMRAH ZIARAH  8HB JAN - 18HB JAN 2014

MADINAH - 9HB JAN 2014 

Hotel  ( 2.30 pagi)


Kami menginap disini.. tidak berapa jauh dengan Masjid Nabawi.. tidak sabar rasanya untuk ke Masjid Nabawi.. Rindu tak tertahan...
Selesai sahaja pembahagian bilik, kira kira 3.00 pagi kami dibawa ke Masjid nabawi untuk melawat sekitar Masjid dan di beri tunjuk ajar oleh mutawif jalan dan pintu masuk ke Masjid untuk solat Subuh nanti. 
Cuaca masa ini di Madinah sejuk... lebih kurang 11'C.
Ziarah sebenar akan dilakukan pada pagi esok selepas makan pagi.


MASJID NABAWI ( 3.00 pagi)



Add caption
Sampai sahaja di pekarangan Masjid Nabawi, hanya Allah sahaja yang bagaimana perasaan ku, tidak dapat digambarkan .. menitis air mata kesyukuran kerana masih lagi di berikesempatan untuk kali kedua untuk menziarahi Makam Rasulullah S.A.W
Pada waktu ini orang belum ramai , tunggulah satu jam nanti pasti penuh orang menunggu waktu subuh
  
Kami tidak melepas kan peluang untuk bersolat tahyatul Masjid di Masjid Nabawi- Bergambar selepas solat sunat tahyatul masjid
Didalam Masjid Nabawi, sementara orang masih belum ramai, cuma yang ada hanya beberapa orang sahaja mungkin mereka juga seperti kami yang baru sampai atau yang menunaikan solat tahajut.








Walaupun dalam keadaan yang kepenatan ... hehe... kami tetap mengambil kesempatan untuk bergamabar sekejap. Lagipun hanya beberapa jam sahaja lagi subuh akan masuk... rasanya tak tidur la kami hari ini ;)))


MASJID NABAWI ( 4.30 pagi, Sebelum Solat Subuh)

Tak sempat nak tidur... hanya merehatkan diri atas katil je... sejam selepas tu dah kene bersiap balik untuk ke Masjid Nabawi tunaikan solat fardhu Subuh.
Jemaah berpusu pusu menuju ke Masjis Nabawi untuk tunaikan solat Subuh

Oleh kerana dah lambat (walaupun azan subuh belum berkumandang).. terpaksa bersolat di luar Masjid, di depan pintu masuk. orang dah penuh....

Selepas solat Subuh... masing masing dah penat... mahu balik bilik je... gambar dibawak waktu selepas Subuh




Kelitan jemaah berpusu pusu keluar menuju ke hotel masing masing, laluan diatas merupakan laluan ke hotel kami.... masyaAllah ramainya...ditengah tengah laluan kelihatan ada penjual yang menjual pelbagai barang.... murah murah je.... sempat jeling jeling je... penat sangat.... 






No comments: