Tuesday, March 20, 2012

MELANCONG KE INDIA - NEW DELHI-AGRA-KASHMIR (SRINAGAR - GULMARGE) 13 FEB to 19 FEB 2012- PART 2

AGRA-13-14 FEB 20112


Wow... lebih kurang 5 jam jugak perjalanan kami daei New Delhi ke Agra... walaupun New Delhi ke Agra tu tak de lah jauh mana pun, oleh kerana kesesakan jalan raya dan struktur jalan...(walau pun ada highway)... sepanjang perjalanan kami selama 5 jam tu bermacam-macam yang kami nampak... dan apa yang bermain dipikiran kami ... mereka semua mmg tidak mengamalkan kebersihan....main sesuka hati je , di tepi tepi jalan boleh melepaskan hajat kecil ataupun hajat besar... rasa bersyukur sangat di lahirkan di Malaysia....

Oleh kerana kami dah terlambat dan sangat keletihan... kami tak dibawa ke Agra fort... terus ke hotel...
Kami tinggal di hotel Pushpvilla ... memasing dah keletihan... hanya ingat makan dan nak Zzzzzz je...







Dinner @Puspavilla Hotel Agra- kelaparan ye....


mee goreng tu mmg sedap...


Dinner kami di Agra

Selesai sahaja  dinner, kami terus kebilik memasing... owh kepenatan... satu hari perjalanan kami...

Agra - 14 Feb 2012

Hari ini adalah hari yg kami nanti-nantikan... tak sabar untuk melihat salah satu keajaiban dunia...TAJ MAHAL... sebelum bertolak kami breakfast dulu kat hotel... owh lupa nak gitahu cafe hotel ni berpusing.. hehe ala-ala  Restoran kat KL Tower... :)

Makanan untk breakfast pagi banyak jugak la... tapi cam biasa la kan.. capati,roti... tak tahu la pe nama lagi.. pelbagai roti ada...
Ini hidangan breakfast kami


bersantai kejap, sementara menunggu yg lain selesai bersarapan...

Selesai sahaja bersarapan... kami bertolak ke Agra fort dan Taj Mahal, tak de la jauh mana pun dari hotel kami... tak sampai 10 minit kami dah sampai dengan kenderaan yang di sediakan.. bas kami tak  boleh masuk ke dalam... kena naik tranport lain untuk ke Taj Mahal.. Fee untuk entry 750 rupi untuk pelancong... mahal kan...


Nak masuk pun banyak jugak pantang larangnye... hanya boleh bawak badan je....

Pintu masuk ke Taj Mahal




Bergambar di depan pintu masuk

Sebelum masuk ke kawasan Taj Mahal kasut kami kene pakai sarung... untuk menjaga kebersihan katanye...


Yezzz dah nampak Taj Mahal... tapi betul ke orang kata dah senget????





The Taj Mahal (1630 A.D.) Agra, India -tak sangka dan tak di duga akhirnya sampai jugak ai kat sini, ditempat salah satu daripada 7 keajaiban dunia... biasabya tengok dalam tv atau melalui pembacaan sahaja... mmg kagum dengan rekabentuk , yang keseluruhannya menggunakan marble putih dan cuba bayangkan bagaimana  masyarakat dulu boleh membina bangunan yang se gah ini tanpa menggunakan jentera canggih seperti kini, 100% menggunakan kudrat manusia.

Sedikit mengenai sejarah penubuhan Taj Mahal.
Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di di tebing Sungai Jumna Agra, India yang dibina di bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan(1614-1666)sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648

Makam rekabentuk Ustaz Ahmad Lahauri yang siap dibina pada tahun 1648 terkenal dengan rekaan kubah putih yang diperbuat dari marmar yang berbentuk seakan bawang . Perkataan “Taj” itu sendiri melambangkan hasil terbaik senibina Mogul yang melibatkan penggabungan beberapa elemen senibina seperti Parsi, Turki, India dan Islam. 

Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. 

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia, Turki,Iran,Empayyar Ottoman,Delhi, Khatat,Bukhara,Parsi dan Balochistan. Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tanganmereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Mitos:
Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya. 
Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang di beri nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.


                                                                                                                               Sumber: Taj Mahal Wikipedia

Layan beberapa gambar kami ...mmg semua kaki bergambar, dah jauh jauh datangkan...
















Ini lah Sungai Jumna, tapak yang ditakan Shah Jahan ingin membina satu lagi ma seperti Taj Mahal untuk dirinya.












Uniform sekdolah dia orang

AGRA FORT - Kami hanya lalu je tak sempat nak singgah



Kami di bawa ke tempat membuat ukiran Marble... maik ai.... mahal bangat.....





Kusyuk la sangat... hehe...

Tak tahu penama tugu ni....

Agra memang terkenal dengan pembuatan karpet , kami berpeluang melihat cara tradisional membuat karpet ,sangat halus ... berkualiti... tetapi prosenya amatlah rumit.....padan dengan harganya ;). 











lepas di bilas beberapa kali , di jemur... jenuhnye nak hasil satu karpet... actually dia org menenun terlebih dahulu... gamba time menenun tak de pulak dlm simpanan ai...

Dan kami di bawa ke gedung karpetnya....





Yesss shooping time... memasing dah tak sabar nak shooping... tapi kan rasa tertipu je... dia orang bawak kita orang semuanya mahal2.... time kat Taj Mahal tadi memang banyak deretan kedai duk memanggil-mangil suwuh masuk kedai dia orang... harga yang tawarkan pun lebih murah semua ada... tetapi kerana termakan kata kata tour guide ..(gerammmm) tak berkualiti la ... kedai tu tipu la... beria-ia dia tak bagu kita orang masuk kat kedai kedai... ada lah sorang yg buat dono je kan pegi jugak... tu pun dia sanggup berlari kejar dia org tak bagi masuk... tapi sempat jugak la dia orang tanye harga.... lenkali kalau korang pegi Agra shooping je kat kedai deretan bedekatan dengan Taj Mahal tu je... murah sangat....kualiti pun sama je...pedulikan tour guide tu, kita bayar diakan...so dia yang kene dengar cakap kita bukan kita yg dgr cakap... . Tour Guide ni nak makan komisen je... sama la tour guide yg time ki Bali hari tu....  balik bilik kita orang duk meeting lps ni x nak dengar ckp tour guide lagi... da...





Maka selesai lah sudah lawatan kami ke Agra... kami pulang semula ke hotel untuk berangkat ke New Delhi... alamal kematu lagi la kami di dalam bas...

Part 3- cerita kami di Kashmir..... syurga dunia... indahnya ciptaan NYA....





2 comments:

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

Zila said...

Islamic Traveller- terima kasih